Kesimpulan yang dapat saya buat di sini ialah latihan industri adalah satu perkara yang penting kerana ia dapat melatih kemahiran yang telah dipelajari oleh pelajar sepanjang pembelajaran di dewan kuliah di mana ia dapat diaplikasikan keyakinan diri dan kendiri para pelajar bagi menghadapi alam pekerjaan sebenar yang bakal ditempuhi pada masa akan datang.
Ini kerana latihan industri telah memberi pendedahan yang sewajarnya tentang selok-belok pekerjaan demi menyiapkan diri pelajar dalam alam pekerjaan kelak. Di samping itu ia juga dapat membolehkan saya mengetahui segala kegunaan bagi pelajaran-pelajaran dalam bidang reka bentuk grafik yang telah saya pelajari.
Latihan industri ini juga bukan sahaja dapat meningkatkan keyakinan diri saya bagi menghadapi alam pekerjaan sebenar tetapi turut juga membantu saya memperbaiki cara saya dalam berkomunikasi dengan orang ramai. Kerjasama daripada kakitangan di tempat latihan juga amat baik dan ini telah mengajar saya betapa besarnya erti kejersama. Saya berasa amat berbangga dan beruntung kerana mendapat peluang menjalani latihan industri ini. Ini kerana, pada masa sekarang untuk mendapatkan pekerjaan di mana-mana syarikat, kita hendaklah mempunyai kemahiran mengenai jawatan yang kita mohon.
No comments:
Post a Comment