Pendahuluan
Bersyukur saya kehadrat ilahi kerana dengan izinNya dapatlah saya menamatkan latihan industri dengan sempurna pada tempoh yang ditetapkan serta menyediakan laporan industri saya pada masa dan waktu yang dikehendaki oleh jabatan saya.
Latihan industri merupakan satu program di mana pelajar-pelajar diberi didikan secara praktikal dalam bidang teknikal di Jabatan Kerajaan ataupun swasta. Pelajar-pelajar akan didedahkan secara paktikal berkaitan teori yang telah dipelajari sepanjang pengajian di Politeknik. Ini akan dapat meluaskan lagi minda pelajar disamping memberi gambaran dan pengalaman berkaitan dengan alam pekerjaan yang sebenar.
Aspek paling penting dalam mengikuti latihan industri ini ialah dapat memberi peluang kepada para pelajar untuk mengenali alam pekerjaan yang sebenar. Selain itu, ianya dapat meningkatkan pengetahuan para pelajar dan dapat membuka minda untuk memikirkan bagaiman sesuatu produk itu dihasilkan dan mengenalpasti cara untuk mengatasi masalah yang timbul semasa berada ditempat kerja. Ianya juga dapat membantu kami menambah keyakinan diri terhadap kemampuan kami.
Selain itu, latihan industri adalah merupakan cara terbaik untuk melatih pelajar seperti kami tentang bagaimana cara untuk bergaul bersama rakan sekerja dan juga pihak atasan. Di dalam latihan industri ianya akan memberi peluang kepada saya untuk mempraktikkan cara berkomunikasi dengan baik bersama rakan sekerja dan juga pihak atasan. Ini kerana tingkahlaku juga adalah salah satu aspek penting yang di titik beratkan dalam alam pekerjaan.
Secara tidak langsung, ianya juga dapat mewujudkan sikap lebih disiplin, bertanggungjawab dan berupaya menguji keyakinan diri dalam membuat keputusan untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi. Justeru itu, latihan industri dapat memenuhi objektif untuk melahirkan graduan yang berkualiti dari segi mental dan fizikal bagi mengisi kekosongan didalam alam pekerjaan pada masa akan datang.
Objektif Latihan Industri
Para pelajar yang mengambil apa-apa jua kursus dimana-mana Politeknik perlulah menjalani latihan industri dalam satu tempoh yang ditetapkan iaitu selama 20 minggu. Setiap pelajar perlu lulus latihan industri kerana ia merupakan salah satu syarat yang diwajibkan ke atas setiap pelajar sebelum di anugerahkan sijil atau diploma daripada Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi. Di antara objektif utama latihan industri ini wujud adalah:
- Mendedahkan kepada para pelajar dengan alam pekerjaan sebenar.
- Membolehkan pelajar mengaitkan teori yang telah dipelajari di politeknik dengan aspek-aspek praktikal di firma atau sebaliknya.
- Menanam semangat kerja berpasukan dan hubungan baik sesama pekerja di firma tersebut.
- Dapat menanamkan sifat amanah, bertanggungjawab dan berkeyakinan tinggi semasa latihan industri dijalankan dan di masa akan datang.
- Untuk mengukuhkan keyakinan diri ke alam pekerjaan kelak.
- Untuk menyediakan satu laporan latihan industri setelah tamat latihan
Apabila tamat latihan industri yang dijalankan disebuah firma tersebut itu, maka setiap pelajar diharuskan membuat atau menyediakan laporan lengkap dan mengikut piawaian yang telah ditetapkan oleh pihak politeknik. Ia adalah bertujuan untuk menilai sejauh manakah keberkesanan latihan industri yang dijalankan oleh pelajar sepanjang tempoh tersebut. Laporan ini dibuat kerana ia merupakan satu dokumen penting dimana untuk dijadikan sebagai bahan bukti terhadap latihan yang diikuti. Ia juga sebagai garis panduan dan rujukan ketika temuduga kelak. Di antara objektif laporan latihan industri adalah:
- Membolehkan pihak politeknik membuat penilaian pencapaian pelajarnya dalam menjalani latihan industri.
- Menjadi salah satu bukti pengesahan bahawa pelajar tersebut telah selesai menjalani latihan industri.
- Memudahkan pensyarah menilai pengetahuan yang diperolehi pelajar sepanjang tempoh latihan industri.
- Mencatat segala pengetahuan dan pengalaman sepanjang tempoh latihan.
- Dijadikan sebagai bahan rujukan kepada pelajar yang akan menjalani latihan.
- Melatih pelajar menghasilkan laporan yang bermutu dan sistematik.
- Laporan yang baik dapat membantu pelajar menggunakannya semasa proses temuduga kerjaya kerana ia merupakan bukti pengalaman kerja seseorng.
- Menguji kemampuan daya pemikiran dan inovatif bagi menghasilkan laporan yang terbaik.
Kepentingan Latihan Industri
Latihan Industri merupakan satu cabang bidang ilmu yang memberi peluang kepada seseorng pelajar untuk mengaplikasikan setiap proses pembelajaran yang dilalui semasa sesi didalam bilik kuliah. Ia dapat dilihat dari pelbagai perspektif, contohnya secara tidak langsung ia dapat melipat gandakan kemahiran yang sedia ada yang ditetapkan didalam diri seseorang pelajar itu sendiri di samping mendapatkan kemahiran dan pengetahuan yang baru dalam sesuatu bidang kerja yang dilalui. Pengalaman dan pengetahuan tersebut sangat penting untuk menjadikan seseorang pelajar itu yang terbaik dalam bidang yang diceburi kelak.
Selain itu, latihan industri ini penting kerana ia memudahkan pelajar untuk memohon jawatan yang sesuai setelah tamat pengajian. Ini tidak dinafikan kerana secara umum sesebuah firma amat mengutamakan individu yang memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi di samping pengalaman bekerja yang ada. Justeru itu, tidak mustahil syarikat tersebut menawarkan tempat untuk bekas pelatih setelah tamat pengajian.
Walau bagaimanapun, input yang diperolehi daripada latihan ini adalah sangat besar. Pelajar dapat menggunakan pengalaman dan kemahiran yang diperolehi semasa tempoh latihan sebagai panduan dan bekalan untuk dimasa akan datang. Selain daripada itu, segala susah payah yang ditempuhi semasa dalam tempoh tersebut akan menjadi pendorong dan pemangkin kepada pelajar untuk meningkatkan prestasi ketahap yang tinggi serta menjadikan diri sebagai seorang pelajar dan pekerja yang berdedikasi dan cemerlang.
No comments:
Post a Comment