Three Cute Cherries

PENGHARGAAN

Alhamdulilah, syukur ke hadrat ilahi dengan limpah kurnianya dapat juga saya menjalani dan menamatkan latihan industri dengan jayanya sepanjang tempoh 20 minggu bermula dari 1 Mac 2021 sehingga 16 Julai 2021 di Serba Dinamik IT Solutions, Cyberjaya. Pada masa yang sama saya berjaya juga menyempurnakan laporan latihan industri ini, bagi memenuhi keperluan Diploma Seni Digital (DDS), Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS).

 Dengan ini saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Mohd Faizal Bin Yusof selaku pengarah syarikat dan juga kepada penyelia-penyelia saya iaitu Encik Mohmmad Al Ghazali bin Ismail dan Puan Norraidah binti Omar. Tak lupa juga kepada staf-staf disana kerana menerima saya menjalani latihan industri di unit mereka.

Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Unit Latihan Industri dan Jabataan Rekabentuk Komunikasi Visual Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin yang banyak membantu dari penyediaan sebelum dan selepas menjalani latihan industri dan penyedian laporan latihan industri.


No comments:

Post a Comment